nak share la sikit tips untuk bakal pengantin untuk semua & saya juga..huueee..ramai yg dh tahu pasal nih..tapi..nak jugak saya share lagi & lagi..BULEH ?? ^_______^
- Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.[saya buleh]
- Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.[tdo umh sndri g best la]
- Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.[insyaallah saya bukan kaki jalan]
- Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.[skrg dh Xsuka mkn gulai]
- Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering. [ jrg-jrg beli ]
- Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir. [ buleh ka xtengok cermin ]
- Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks [insyaallah xpenah dok p mndi sungai].
- Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis. [ Xsuka mnum yg mnis]
- Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.[ roger ]
- Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. [ blik keja dh pukul 7..hurmmm]
- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat) [sdg buat..susahnyaaa]
- Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir. [ take note ye En Sepet ]
- Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi
banyak toksid. [ susah sudah ]
- Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. [ urutan apakah ]
- Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. [Xmau kot]
- Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin [ angin buleh tahan..TP, Xsuka halia]
- Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.[ baik...saya p belajaq nanti]
- Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri [ GILA la tue..HARAM]
- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari. [hari-hari tdo lmbt buat DIY kan ]
- Elakkan minum minuman keras dan merokok. [ abaikan..memang XLA]
- Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan. [ Xleh men panas la nih !,,nsib nek keta ]
- Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.[ OO..baru ku tahu ]
- Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. [waduh !!..jamu apa ya ]
- Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. [ insyaalah..]
- Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil. [ jaga pemakanan eh ]
- Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). [ compem X..sbb En sepet dok jauh ]
- Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat. [ baikk macek!]
- Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. [insyaallah harap2 Xlupa]
- Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama. [BAIK ! ]
- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan..[ compem la kan ]
- Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.[ bilik saya penuh dgn brg2 ]
- Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi. [ kerja ringan xpe]
- Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. [ Ok..xleh cari gadoh dh]
- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar. [buleh ka cm 2..kalo termakan]
- Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. [Xkan la]
- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis. [ saya Xde katil pn ]
- Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. [ penah buat dulu kenuri kt kg, hujan jugak]
- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri. [ pantang okey ]
- Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu. [ ada yg siap gelap kahkahkah lagi]
- Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. [kepala bkn selalu dh buang siap-siap ke msa beli ]
- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. [ alis 2 ape ]
- Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.[ perutku mmg buncit..hueee]
- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar. [keluar tanpa tujuan bkn jnis saya k ! ]
ini TIPS ye!..bukan Halal & Haram..So, mana rasa nak ikut & buat..teruskan..mana yang ketegaq nak buat & Xmau buat jugak...SUKAHATILA...kannn..
Bahan-bahan yang mudah didapati & diamalkan untuk penjagaan wajah :
Daun Sireh, Timun, Lobak, Bunga Mawar, Tomato, Avocado, Limau Purut..