Salam Ukhwah Fillah ~
pesanan untuk suamiku & suami-suami yang lain..huueee
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah
mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk
telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami
kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak
serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan
masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali
masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak
anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri
tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk
penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak,
sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri
sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk
tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar
depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka
saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak
dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak
menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu,
tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn
isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor
taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke
rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi
bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan
kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih
berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri
tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok
body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum
keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak
mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara
bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami
dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah
kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak
minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap
pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna
cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh
balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal,
dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar
ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau
dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan
tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah
saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana
anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak
keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh
orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan
perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat,
tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate
kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau
perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja.
Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual
roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum
sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi
bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah
timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang
keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak
isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang
suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau
suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri
masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau
isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan
saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk
mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak
suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri
balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri
merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau
perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa
suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang
dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada
para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah
hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
insyaallah harap-harap kita dapat menjadi suami & isteri yang baik ~
Kata Cinta : #makan angin petang-petang best ni