Puan Zaniff

Klik - Klik

Followers

~ Minggu terakhir kehamilan ~

Salam Ukhwah Fillah ~

Sumber Google ~ Pregnancy 36 week 4 day
boleh search kat Google la eh..tanda-tanda & tips-tips yang berguna

tadi chekup 36 minggu 4 hari..
sekali doc scan 36 minggu nak tengok keadaan baby..
alhamdulillah, keadaan baby sudah ke bawah..
doc cakap bila-bila ja baby buleh keluaq..

diri ni mintak-mintak baby bersabar..
keluar masa abahnya ada skali la eh..baru ibunya pon semangat sama..huhu
tiba-tiba BER abah & ibu..^_______*

khamis ni last chekup kat KKIA Tanah Rata, CH
pastu turun sambung chekup KKIA kat bawah pulak..
 
mood agak kurang sebab nanti dah nak kena tinggal..
baju pon xkemas lagikk..haishhh..rilex sungguh..
pastu Blog pon berhabuk x berupdate..harap-harap ada la orang yang rindu nanti..
ke Xdak sapa pon nak rindu-rindu..haha..perasan sungguh..



Kata Cinta : doakan saya baik-baik saja nanti..insyaallah..:)







Doa

Salam Ukhwah Fillah ~


Doa Mudah Bersalin & Kesejahteraan Anak Dalam Kandungan

Ya Allah ,

peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah ,

panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .




Kata Cinta : hujan OH hujan lagi..mengantok

Suami & Isteri

Daisypath Friendship tickers Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers