Puan Zaniff

Klik - Klik

Followers

| Solat Terawih |

Haii..semangat plak nk taip entry pagi-pagi nih..saya nk share skit pasal SOLAT TARAWIH buleh ??..saja nk kongsi..if dh tahu, xkisah la kn..saya tetap nk share jugak..Xkira..>.<..Jom kita tengok kelebihan-kelebihan solat tarawih dari 1 Ramadhan sampai 30 Ramadhan..jgn Xtahu..masih ade yg Xtahu pasal menda nih & X amk peduli pn..pecaya X ??...:

  1. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke - 1  # Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaanya baru dilahirkan.
  2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 2 # Diampunkan dosa orang-orang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.
  3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 3 # Para malaikat di bawah Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
  4.  Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 4 # Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil & Al-Quran.
  5.  Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 5 # Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah & Masjidil Aqsa
  6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 6 # Allah S.W.T akan mengurnikan kepedanya seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu & tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
  7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 7 # Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun & Hamman.
  8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 8 # Allah S. W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s
  9. Kelebihan Solat tarawih Malam Ke - 9 # Allah S.W.T akan mengurniakan pahala & dinaikkan mutu ibadat hamba-NYA seperti Nabi Muhammad s.a.w
  10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 10 # Allah S.W.T mengurniakan kepedanya kebaikan dunia & akhirat.
  11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 11 # Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari doa seperti baru dilahirkan
  12. Kelebihan Solat Tarawih malam Ke-12 # Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
  13. Kelebihan Solat Tarawih malam Ke-13 # Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan & keburukan
  14. Kelebihan Solat Tarawih Ke-14 # malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta S.W.T tidak akan menyesatkan mereka.
  15. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke - 15 # Semua malaikat yang memikul 'Arasy & Kursi akan berselawat & mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  16. Kelebihan Solat Tarawih malam Ke - 16 # Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api nerakan & dimasukkan ke dalam syurga.
  17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 17 # Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi
  18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 18 # Malaikat akan menyeru : Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu & dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup @ yang sudah mati)
  19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 19 #
    Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus
  20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 20 # Allah S.W.T mengurniakan kepedanya pahal sekelian orang mati syahid & orang-orang soleh
  21. Kelebihan Solat tarawih Malam Ke - 21 # Allah S. W T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya
  22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 22 # Ia akan datang pada Hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
  23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 23 #  Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
  24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 24 # Allah S.W.T akan membuka peluang dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan Solat Tarawih pada malam tersebut
  25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 25 # Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya
  26. Kelebihan Solat Tarawih malam Ke - 26 # Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empatpuluhtahun ibadat bagi orang-orang yang menegrjakan solat tarawih pada malam tersebut
  27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 27 # Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan kepadanya untuk melintasi titian sirat sepantas kilat
  28. Kelebihan Solat Tarawih Malam ke -  28 # Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat
  29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 29 # Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur
  30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke - 30 # Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada oarang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud) : " Wahai hambaku !, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga & mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kautsar "

# senaman jari-jemari..cadang nk copy & paste ja..tapi rasa cm nak taip-taip plak pagi nih..haa! jari saya semakin kurus la..hihi..boleh baca sekali sambiltaip tuh kn..

Ok..sikit lagi nk share bila kita p tarawih 2..bukan semata-mata buat tarawih sahaja..Lebih afdal jika kita buat solat sunat yg lain Cth : Solat Sunat Tahiyyatul Masjid  , Solat Sunat fardhu Isyak , Solat Sunat Witir dll..

dulu-dulu saya pn Xtau kelebihan-kelebihan solat sunat nih..Alhamdulillah, mak saya selalu hadir ceramah-ceramah & tazkirah..So, tau la sedikit sebanyak..

Solat Sunat Tahiyyatul Masjid # SOlat sunat yang didirikan ketika memasuki masjid sebaiknya sebelum duduk.
Solat ini amat digalakkan dan seseorang itu digalakkan melakukan sunat Tahiyyatul Masjid walaupun ketika kutbah Jumaat sedang dibacakan pada hari Jumaat. Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w. sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum! Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah!
 
Tertib Tahiyyatul Masjid :
Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:

Maksud :  "Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, bukakanlah pintu-pintu rahmat dan restu-Mu"

Niat :
Lafaz niat solat Tahiyyatul Masjid adalah

NiatsunatTahiyyatulMasjid.gif
Ertinya : "Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Selepas buat Solat Sunat Tarawih 8 rakaat, haruslah kita buat Solat Witir 3 rakaat sekurang-kurangnya..dulu mmg Xtau..lepas buat 8 rakaat ja, terus balik..

* banyak benda Xtahu pasal benda-benda yang sunat nih..Harap-harap lepas nih kena belajaq banyak pasal benda nih..>.<..sama-sama lah kita amik tahu ye ! penting utk masa hadapan..

2 comments:

  1. eja.. mnje ada diberitahu psl kelebihan terawih ni palsu semata... check kat sini ;

    http://mohdnajib27.blogspot.com/2012/07/hadis-palsu-kelebihan-tarawih.html

    ReplyDelete
  2. haah kn..ishhh mcm2 hal la...mana nk pecaya & mana X pecaya..kan..

    ReplyDelete

tinggalkan kesan jejari kat sini !

Suami & Isteri

Daisypath Friendship tickers Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers