
Ya Allah,
Andainya masanya belum tiba
Jangan izinkan aku untuk JATUH CINTA
Aku memohon agar engkau tunjukkan jalan
Agar engkau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak memberikan manfaat
Dan jauhkan aku daripada perkara yang engkau murkai
Agar aku dapat menjaga diri
Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya
Maka hilanglah cintaku padanya
Sesungguhnya Cinta yang SUCI itu tidak buta
Ya Allah
Dan jika dia mencintai aku
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga
Asalkan dia tidak lebihkan cinta padaku melebihi Cinta pada-Mu
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu
Kerana dari situ lahirlah rahmah & mawaddah dalam rumahtangga
Ya Allah
Jika ini bukan masanya
Jika ini belum saatnya
Dan jika aku tahu kami belum bersedia
Selamatkanlah kami
Jarakkan kami
Pisahkan kami
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah & iffah
Agar kami tak mengundang murka-Mu
Agar kami dapat lebih menjaga hati
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi
Ya Allah
Andai dia bukan untukku
Andai dia bukan jodohku
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya
Berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya
Insan yang benar-benar mampu memimpinya ke syurga-Mu
Dan bantulah aku memperbaiki diriku
Agar aku kukuh mencari cinta-Mu
Amin !
# sebak plak rasa bila dh baca nih..^_________-
![]() |
| cantiknya pemandangan ! |






No comments:
Post a Comment
tinggalkan kesan jejari kat sini !