Puan Zaniff

Klik - Klik

Followers

| amalam menjadi Wanita Solehah |


semua wanita ingin menjadi wanita yang solehah..& semua lelaki menginginkan seorang isteri yang solehah..mampukah kita menjadi wanita yang solehah itu ~ antara amalan-amalan..insyaallah :

- Mendirikan Solat/Sembahyang
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

- Menjaga Solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah-lengahkannya.

- Bersyukur & Redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

- Selalu Bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

- Menjaga Maruah Diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

- Takut Murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

- Menjaga Amanah
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

- Pandai Mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.


harap harap kita semua boleh menjadi wanita yang solehah ye..aminn..:)..insyaallah
tq untuk info, En Google







6 comments:

  1. Insha ALLAH sama2 berusaha kearah kebaikan kan :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..
    berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik.. :)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah sama2 kita berusaha ke arah ini.;-0

    ReplyDelete
  4. INSYAALLAH..NAMPAK MUDAH TP SEBENARNYA SUSAH..HUHU

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya tak susah pun kan kalau nak buat sebab bukan perlukan tenaga banyak atau kena kerah tenaga. Maha pengasihnya Allah pada kita kaum wanita.

    ReplyDelete

tinggalkan kesan jejari kat sini !

Suami & Isteri

Daisypath Friendship tickers Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers