Puan Zaniff

Klik - Klik

Followers

| kyusuk dalam solat |

x semua kita solat lima waktu betul-betul kyusuk kann..meh nak kongsi sikit untuk renungan kita bersama..:)

Kyusuk itu perasaan, iaitu yang lahir dari hati yang ada perasaan. Cuma selama ini mungkin perasaan kita itu tidak mendapat perhatian Allah, maka solat tidak kyusuk. Supaya hati diisi dengan perasaan yang mendapat pandangan Allah, cuba kita bina perasaan2 di bawah ini :

1. Semasa Niat, ingat Allah di dalam hati (zikrullah). Kemudian lafazkan niat solat dengan penuh perasaan REDHA. (saat itu jgn ada dikitpun keluh kesah atau kerisauan didalam hati).

2. Semasa Takbir, angkat kedua tangan dengan penuh perasaan MENYERAH sambil ucapkan Allah hu Akbar.
 
3. Semasa berdiri, berdirilah tegak jangan goyang2 dan penuhi hati dengan rasa TAKUT kemudian membaca Fatehah dengan penuh perasaan MENYERU dan MERAYU (munajat).
 
4. Semasa Ruku’, penuh perasaan MAHU TAAT kpd Allah.
 
5. Semasa Sujud, penuh perasaan TAWAKKAL kepada Allah dalam melaksanakanNya.
 
6. Semasa Duduk Antara 2 Sujud, penuh perasaan SEDIA MENERIMA segala peraturan2 Allah.
 
7. Semasa Tahiyat, dibaca dengan penuh perasaan BERJANJI SETIA kepada Allah.
Disudahi dengan:

~ Memberi Salam pertama kepada kerajaan Allah dilangit, dengan penuh perasaan hina diri.
~ Memberi Salam kedua kepada hamba2 Allah di bumi, dengan penuh perasaan memuliakan mereka.
 
Ada dikabarkan, kalau kita tidak ada perasaan (feel) kepada Allah, Allah juga tidak ada perasaan sama kita. *Perbanyakkan solat2 sunat bagi kemajuan latihan ke atas hati/perasaan itu. Sambil itu usaha perbetulkan bacaan dan perbuatan dalam solat mana yang kurang

~ rasa diri ni lemah sangat-sangat..sama-sama la kita perbaiki untuk masa akan datang ya !..


# esok cuti..yeayy ! ikut-ikut kedah x cuti..opis saya kan suka hati ja..hihi..bos cakap cuti..uti ja la..:)

6 comments:

tinggalkan kesan jejari kat sini !

Suami & Isteri

Daisypath Friendship tickers Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers