Sallam Ukhwah Fillah ~
Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal
waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih
muda.. Alhamdulillah..
Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu
ketika tahun ke 2 di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas
untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah
SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!
Sama ada kepada mereka yang "menyokong" kahwin awal atau sangat
"menentang" kahwin awal, apa yang perlu difahami bahawa setiap individu
mempunyai situasi/masalah yg berbeza-beza dan pelbagai; ada yg perlu
kahwin awal, ada yang merasakan tidak perlu kahwin selagi belum habis
belajar dan macam-macam lagi. Jangan mengharapkan orang lain sama
fikiran dengan kita, walaupun rambut sama hitam, belum tentu hati dan
perasaan itu mempunyai persamaan.
Anjuran perkahwinan oleh Nabi SAW melalui sabda baginda:
Pertama: Mereka yang tidak mengalami gelodak jiwa, dan mampu menahannya (samada dengan berpuasa, ataupun boleh mengawal fikirannya dengan sebaik mungkin), maka golongan ini adalah dinasihatkan terus fokus kepada apa yang dilakukan seperti belajar, bekerjaya dan sebagainya. Dalam masa yang sama sentiasa bermohon kepada ALlah agar segala urusan dipermudahkan di dunia dan di akhirat."Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)
Kedua: Mereka yang "merasakan" dirinya dapat menahan semua itu, tetapi dalam masa yang sama sibuk melakukan pelbagai maksiat (berhubungan bebas dengan bukan mahram), golongan ini sepatutnya mencari jalan keluar dari hal ini, sama ada menghalalkan perhubungan dengan pernikahan atau memutuskan hubungan agar hidup lebih diberkati. Lakukan ini kerana taqwa kepada Allah insyaAllah pasti ada jalannya.
Ketiga: Mereka yang tidak dapat lagi menahan diri, mereka telah cuba, tetapi hati mereka tetap tidak tenang, fokus hilang, hanya terasa ingin kahwin sahaja, tetapi masih mampu menghalang diri daripada maksiat-maksiat, maka golongan ini juga disyorkan agar mencari jalan terbaik dan mohon petunjuk Istikharah daripada Allah, mengadu selalu kepada Allah, jika telah ada calon yang sesuai, bersegeralah untuk halalkan dengan cara terbaik, tekadkan dalam diri bahawa "aku lakukan ini kerana Taqwa", tingkatkan prestasi diri melalui persiapan dari segenap segi, semoga jalan yang dipilih itu paling diberkati!
Firman Allah SW :
"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
(Surah at-Talaq ayat 2)
Melalui tiga situasi ini, difahami bahawa masing-masing ada AQAL untuk
menilai diri sendiri, di situasi mana dirinya berada! dan jika perlu
berbincanglah sebaiknya dengan mereka yang lebih tua (hormati pandangan
mereka), atau sesiapa sahaja yang berpengalaman (yang boleh dipercayai).
Apa sahaja pilihan kita, janganlah sampai tersalah menilai seseorang
melalui sudut kacamata diri kita (itu merupakan satu kesalahan besar),
lantas menghukum org itu, lebih teruk maka terkeluarlah
perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kepada saudara kita sesama
Islam.
"Gatal sangat dah ke, sampai perlu kahwin masa belajar!!",
"Belajarlah bagi selesai dahulu!!",
"Aku boleh fokus, takkan dia tak boleh, saja je tu nak kahwin awal!" dan macam-macam lagi.
Secara kesimpulannya, pegangan utama kita adalah Taqwa kepada ALLAH,
jika kita mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan
mampu fokus tanpa memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka
teruskanlah, dan jangan lupa berdoa untuk mendapat kemudahan/kejayaan
dunia dan akhirat (termasuklah perkara-perkara jodoh).
ngatlah! Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak,
fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia,
jangan sesekali bermain "api".
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih
belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik
dari sisiNYA, dan setiap taqdirNYA itu dirangkaikan dengan keredaannya
semata-mata..
Satu analogi untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah
persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk
melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut,
seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu
pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar
dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya
berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap
bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai
peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan
ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."
"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam,
jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan
keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan
yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum
tentu menjadi realiti.."
sama-sama kita renungkan..~
credit to iluvislam
Kata Cinta : #menghitung hari detik demi detik !





awal ke lewat ke xksh..
ReplyDeletesampai masa kawen, kawen je..
hehe
kahwin muda pun ada pro dan kontra jugak kan?
ReplyDeletekalau tengok vanilla coklat, rasa macam nak kahwin muda pun ada hehe ^^
ReplyDeleteSkrg ramai kahwin muda huhu.
ReplyDeletebyk komitmen nk kna tggung...kan2..
ReplyDeleteyang penting... dah bersedia fizikal dan mental... memahami konsep perkahwinan dan sememangnya dah bersedia untuk berkahwin...eloklah kahwin dari terjebak dengan maksiat kan? nanti x pasal2 menanggung dosa yang boleh dielakkan jer... ^_^
ReplyDeleteKawin muda ok kalo masing-masing dah faham tanggungjawab masing-masing..sentiasa bertolak ansur, tidak ade lagi unsur jeles yang SANGATT berlebihan..yang paling penting sentiasa jujur & percaya pada pasangan masing2..
ReplyDeletepada pndangan kita la kan, memang tak mudah tau kalau nak kawin awal..means kalau 2-2 sebaya..kalau lelaki tua sikit takpe..insyaAllah dia boleh tnjuk ajar pada kita..
ReplyDeletekalau sebaya ni, kalau jenis main2, kdng buat sesuatu tak fkir pnjng..