bagi perempuan memakai inai tu biasa la kan..sebab kalo kawen wajib bagi seorang perempuan memakai inai..bagi lelaki pulak ?? wajib atau haram ??
hurmmm..dengaq-dengaq macam haram bagi seorang lelaki memakai inai ..sebab menyerupai perempuan..tapi..tengok ramai sekarang lelaki kawen mesti pakai 3 jari inai kannn..
kebanyakan mesti pakai...hurmmm..boleh ke x boleh..musykil nih...
jom p google tengok :
| Hukum memakai inai bagi wanita |
Menurut ulamak Mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami
disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan
dan keacntikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami
sepanjang masa
Wanita yang tidak bersuami, ulamak mazhab Maliki berpendapat harus,
manakala ulamak mazhab Syafi’ei berpendapat makruh kerana dibimbangi
berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain
Walaubagaimanapun, wanita yang hendak berihram haji atau umrah
disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang
bersuami atau tidak
Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke
pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga
ke buku lali khususnya wanita yang bersuami
| Hukum memakai inai bagi lelaki |
uqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan
atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita. Lelaki tidak
harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda
Nabi s.a.w. bermaksud:
“Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”
“Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”
Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini:
1. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…” Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk”
2. “Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…” Al-Fatawa al-Hindiyyah. Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.
3. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…” ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud

Kesimpulannya, inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah
harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang
tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei. Bagi lelaki
adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan
sebagainya.
Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan
Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan
tengok plak video dari UAI ~
# ni entry autopublish ! ~ jumpa En Sepet hari ni..hati berbunga-bunga..

Baru tau...Tq for sharing dear
ReplyDeletetgk GSF ramai yg berinai ka tetibe kuar entri ni? hihi.. owh.. ok.. x dosa la kan mnje pakai.. :)
ReplyDeletedulu suka pakai inai... asal ada sedara nak kahwin mesti sy join sekali...
ReplyDeletesekarang dah tak minat nak pakai inai...
baru tahu...thanks 4 da sharing
ReplyDeleteakhirnya terjawab jgk kan ;-)
ReplyDeletesekarang pun berinani..hehe
ReplyDeletemmg dok pakai inai..sekarang...
ReplyDeleteooo cuti hari ni pergi dating ye? Akak xsuka pakai inai, masa kecil je penah pakai inai beberapa kali..dh besar pakakmasa kahwin je....
ReplyDeletepernah juga tertnya2 tntng ni..then ramai yng ckap haram.. alaa, nti kawen nak tgk en.suami berinai..bukan bnyk pun kan..just 3jari je.. T_T
ReplyDeleteminta tlng eja boleh?
http://hanyadihatiku.blogspot.com/2012/12/tolong-pilih-untuk-blog-saya-boleh.html
nak inform ni..
ReplyDeletemencari entry terbaik 2012..boleh share entry terbaik korang dalam segmen ni,,..jom join.....bebas syarat yang penting..
http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html
thanks dear... nice sharing... ^_^
ReplyDelete