Puan Zaniff

Klik - Klik

Followers

| Hukum memakai inai |

bagi perempuan memakai inai tu biasa la kan..sebab kalo kawen wajib bagi seorang perempuan memakai inai..bagi lelaki pulak ?? wajib atau haram ??
hurmmm..dengaq-dengaq macam haram bagi seorang lelaki memakai inai ..sebab menyerupai perempuan..tapi..tengok ramai sekarang lelaki kawen mesti pakai 3 jari inai kannn..
kebanyakan mesti pakai...hurmmm..boleh ke x boleh..musykil nih...

jom p google tengok :

| Hukum memakai inai bagi wanita |
Menurut ulamak Mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan keacntikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa
Wanita yang tidak bersuami, ulamak mazhab Maliki berpendapat harus, manakala ulamak mazhab Syafi’ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain
Walaubagaimanapun, wanita yang hendak berihram haji atau umrah disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak
Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami

| Hukum memakai inai bagi lelaki |
uqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita. Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
“Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”  

Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini:
1. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…” Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk”
2. “Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…” Al-Fatawa al-Hindiyyah. Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.
3. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…” ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud

Kesimpulannya, inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei. Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya.
Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan

tengok plak video dari UAI ~

 

# ni entry autopublish ! ~ jumpa En Sepet hari ni..hati berbunga-bunga..

11 comments:

  1. tgk GSF ramai yg berinai ka tetibe kuar entri ni? hihi.. owh.. ok.. x dosa la kan mnje pakai.. :)

    ReplyDelete
  2. dulu suka pakai inai... asal ada sedara nak kahwin mesti sy join sekali...
    sekarang dah tak minat nak pakai inai...

    ReplyDelete
  3. ooo cuti hari ni pergi dating ye? Akak xsuka pakai inai, masa kecil je penah pakai inai beberapa kali..dh besar pakakmasa kahwin je....

    ReplyDelete
  4. pernah juga tertnya2 tntng ni..then ramai yng ckap haram.. alaa, nti kawen nak tgk en.suami berinai..bukan bnyk pun kan..just 3jari je.. T_T

    minta tlng eja boleh?

    http://hanyadihatiku.blogspot.com/2012/12/tolong-pilih-untuk-blog-saya-boleh.html

    ReplyDelete
  5. nak inform ni..
    mencari entry terbaik 2012..boleh share entry terbaik korang dalam segmen ni,,..jom join.....bebas syarat yang penting..

    http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html

    ReplyDelete

tinggalkan kesan jejari kat sini !

Suami & Isteri

Daisypath Friendship tickers Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers